lubukzai

Sini..Sana..Situ…

Jenis-Jenis Nafsu

Nafsu #1

Nafsu Amarah: Nafsu yg tunduk dan patuh menurut kehendak nafsu syahwat
dan syaitan.

Nafsu amarah tidak dapat dikawal dgn sempurna oleh hati. Sekiranya
hati tidak dapat meminta bantuan ilmu, hikmah kebijaksanaan dan akal,
hati akan binasa. Justeru itu, seseorang itu mudah terjerumus ke arah
perbuatan yang melanggar syariat, tidak beradab, tidak berperi
kemanusiaan, bertindak mengikut sesuka hati, zalim serta pelbagai
keburukan dan bencana kpd diri serta persekitaran. Susah nak tegur
orang yang yang sebegini kerana tidak peka dengan kesilapan atau
kesalahan yang dilakukan. Keras kepala! Nafsu ammarah menduduki tahap
paling rendah dalam kehidupan manusia, malah sebenarnya lebih rendah
daripada binatang. Ini kerana binatang tidak mempunyai akal, sedangkan
manusia mempunyai akal. Minta Allah jauhkan kita dari nafsu amarah….

Nafsu #2

Nafsu Lawwamah: Nafsu tercela kerana kelalaian tuannya melaksanakan
peraturan-peraturan Allah.

Orang sebegini memliki jiwa menyesali perbuatan salah lakunya dan
berinisiatif untuk kembali ke landasan yang benar. Contohnya semalam
bila berdating, anda melakukan perkara yang tak elok di sisi agama
dengan pasangan anda. Hari ini anda sedar anda silap kerana terlalu
mengikut nafsu, lalu anda insaf dan bertekad untuk tidak mengulanginya
lagi. Orang yang banyak dikuasai nafsu lawwamah juga mudah membaiki
diri dan mudah terima teguran org lain. Ia juga tidak mudah hanyut dlm
kesesatan yang membinasakan diri baik dalam kehidupan dunia mahupun
akhirat. Selain dari itu, nafsu lawwamah juga sering memikirkan baik
buruk, halal haram, betul salah, berdosa ataupun tidak dalam segala
tindakan. Jelas nafsu Lawwamah ini lebih baik dari nafsu amarah….

Nafsu #3

Nafsu Mutmainnah: iaitu jiwa yang tenang.

Orang yang memiliki nafsu mutmainnah dapat mengawal nafsu syahwat
dengan baik dan sentiasa cenderung melakukan kebaikan. Juga mereka
mudah bersyukur dan qanaah di mana segala kesenangan hidup tidak
membuat dia lupa diri, menerima anugerah Ilahi seadanya dan kesusahan
yang dialami pula tidak menjadikan dirinya gelisah. Ini disebabkan
hatinya ada ikatan yang kuat kepada Allah. Mereka juga mudah reda
dengan ketetapan dan ujian Allah. Imam Al-Ghazali meletakkan nafsu ini
di tahap yang tertinggi dalam kehidupan manusia. Moga Allah golongkan
kita dalam nafsu yang hebat ini.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

12 Februari 2009 - Posted by | Renungkan

6 Komen »

  1. assalamualaikum, tuan/puan di antara nafsu yang di sampaikan oleh tuan/puan tadi,sepengetahuan saya yang hina ini,terdapat satu lagi tahap nafsu,iairu nafsu mulhamah. jadi sepengetahun saya ,mengikut tahap2 nafsu ialah amarah,lawamah,mulhamah,mutmainah,radiah,mardiah dan kamaliah .

    Komen oleh hamba allah | 13 Jun 2010 | Balas

    • Wassalam. Izinkan saya menjawab. Kedua-dua ini sama. Yang tiga itu adalah tingkat nafsu yang telah Imam al-Ghazali jelaskan dalam kitabnya. Sedangkan yang saudara/saudari jelaskan itu adalah darjat Nafs as-Sab’ah seperti yang diperjelaskan melalui jalan tarekat dalam kitab tasawwuf. Kedua-duanya sama tetapi berbeza.

      Komen oleh Abdullah | 15 September 2013 | Balas

  2. macamana nak capai nafsu mutmainah di zaman ini

    Komen oleh candek | 28 Oktober 2010 | Balas

  3. ada lagi kan jenis nafsu yang lain?

    Komen oleh sabree hussin | 28 Mac 2011 | Balas

  4. Sangat bermanfaat , semoga Alloh SWT membalas dengan yang lebih baik , aamiin

    Komen oleh abu iqbal | 2 September 2013 | Balas

  5. Very shortly this website will be famous amid all blogging and site-building users, due to it’s
    good articles or reviews

    Komen oleh Casinos Minnesota | 25 Julai 2014 | Balas


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: