Kasih Untuk Seorang Yang Istimewa
KASIH….
Kau adalah sumber inspirasiku
kehadiranmu dalam hidupku
membawa sinar bahagia
Kau sungguh istimewa bagiku
KASIH….
Mencintai dirimu
memberiku harapan
Setiap kali aku kecewa
kau datang mengubati kekecewaanku
lalu aku bangkit semula
KASIH….
Tidak pernah kulupa
kau selalu menggembirakanku
Setiap kali aku bersedih
bila mengenangkanmu
hatiku bertukar menjadi gembira
KASIH….
Setiap kali aku kesunyian
kau selalu disampingku
Setiap kali kau tersenyum
membuat jantungku berdenyut denyut
KASIH….
Kutujukan puisi kasih ini istimewa untukmu
sebagai tanda betapa bermaknanya kau bagi diriku
KASIH….
Aku amat mencintaimu
Pergilah Cinta
Ku anyamkan puisi indah
Untuk merawat hati yg gundah
Berlalu sudah episod cinta yang indah
Tak perlu di kesali aku harus pasrah
Di jambatan sepi ini
Aku meniti sendiri
Mengenang hari-hari yang silih berganti
Mengenang ceritera cinta yang pantas berlari
Aku mengharapkan cahaya mentari
Menyinari hari-hari suram
Menerangi awan hitam
Dan menyuluh kegelapan malam
Ya Allah ya tuhanku
Hanya kau yang bisa memahami
Segala keperitan yang aku alami
Sesungguhnya kau pencipta alam yang aku geruni
Jika benar ini takdirMu
Berikanlah aku kekuatan diri
Damaikanlah hati nurani
Tabahkanlah jiwa ini
Agar aku dapat menjalani jambatan api ini
Jika ini juga kehendakMu
Biarkanlah cinta itu pergi
Biarkan cerita itu mati
Tumbuhkan lah yg telah mati
Gantikanlah cinta yang pergi….
Teman Khayalan
Aku membesar bersama perasaan yg terpendam..
aku gemarkan sesuatu yg tiada suara,
tiada nada,
tiada kata,
tapi bernama.. perasaan luka berjuta derita..
terbiasa dgn duka,
aku berjalan meniti kehidupan,
diam x bersuara,
dikelilingi berjuta manusia yg dulu aku namakan teman…
Mungkin hanya khayalan,
atau dongengan atau mungkinkah hanya impian tanpa kenyataan,
teman sejati benar2 satu kewujud dalam kehidupan…
berjalan dalam selut kehidupan,
aku diiring beribu insan yang aku panggilkan teman..
aku bangga dalam berkata ,
“YA !! TEMAN SEJATI ITU WUJUD!”
Aku berdiri mendongak kepala memberitahu dunia,
“YA! AKU PERCAYA KEWUJUDAN SAHABAT!! ”
Aku berjalan melanggar bonda, gagah mendabik dada,
“AKU CUMA PERLUKAN MEREKA! LEBIH DARI KELUARGA!!!”
Teman…
wujudkah kau saat aku memerlukan??
Wujudkah kau saat aku dimamah selut kehidupan??
Aku dicari saat kamu memerlukan kepentingan!
aku dicari saat kamu ditinggalkan teman!
Aku dicari saat kamu keseorangan,
aku dicari saat kamu benar-benar kehilangan!!
Jarang sekali aku dicari untk kau berkongsi kegembiraan…
dimana tempat aku kau letakkan?
jijik aku memikirkan, aku hanyalah satu tumpangan..
Bonda.. ampunkan aku…
kau satu-satunya manusia yg berdiri teguh saat aku dipenuhi penderitaan,
maafkan aku,
seringkali mengangkat teman lebih dari yg kau perlukan..
ampunkan aku,
saat perintahmu aku ingkar kerna aku menyayangi teman,
mengagungkan arti sebuah persahabatan..
Ya Tuhan
telalu banyak dosa yg aku taburkan,demi teman…
teman dalam khayalan..
.
.
SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA SEBELUM MENINGGALKAN LUBUKZAI
Maafkan Aku, Cintaku..

Cintaku,
Maafkan aku,
Aku terpaksa melepaskanmu,
Setelah sekian lama aku memendam rasa terhadapmu..
Cintaku,
Maafkan aku,
Aku tidak punyai kekuatan untuk meluahkan perasaanku padamu,
Aku harap engkau akan mengerti perasaanku ini,
Tapi seribu kali sayang,
Impian hanyalah impian,
Bagai menanti buah yang tak akan gugur dari langit,
Aku beralah,
Kerana aku tahu,
Ada seseorang yang lebih menyayangi dirimu,
Lebih dariku..
Cintaku,
Maafkan aku,
Kerana pernah menyukaimu,
Kerana pernah menyayangimu,
Kerana pernah merinduimu,
Kerana pernah mencintaimu dalam diamku,
Tapi kini,
Ku biarkan ia berlalu,
Bersama-sama titisan air hujan,
Yang turun membasahi bumi,
Seperti mana membasahi jua hatiku ini..
Cintaku,
Maafkan aku,
Ku harap,
Engkau berbahagia,
Bersama si dia yang tercipta untukmu..
Biarlah aku di sini,
Terus menanti,
Dan terus mencari,
Andai ada jodohku,
Ada lah si dia untukku,
Semoga Allah perkenankan doaku ini..
Amin..
Maafkan aku,cintaku..









































