lubukzai

Sini..Sana..Situ…

Perdana Menteri 5

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri
Abdullah bin Ahmad Badawi
Abdullah bin Ahmad Badawi

Perdana Menteri Malaysia
Masih berkhidmat
Memasuki pejabat
31 Oktober 2003
Raja Tuanku Syed Sirajuddin
Tuanku Mizan Zainal Abidin
Timbalan Najib bin Tun Razak
Didahului oleh Mahathir bin Mohamad
Digantikan oleh Penjawat kini
Kawasan Kepala Batas

Lahir 26 November 1939 (umur 69)
Kepala Batas, Pulau Pinang
Parti politik UMNO
Pasangan Endon Mahmood Ambak (meninggal dunia Okt 2005)
Jeanne Abdullah
Agama Islam

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan Presiden UMNO, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong ‘Team B’ dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991. Anwar Ibrahim, yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri, dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998. Pada tahun 1999 Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr. Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Biodata peribadi

Dilahirkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Abdullah memulakan kerjayanya sebagai guru. Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti, namun setelah gagal dalam kertas Statistik, beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dalam bidang ekonomi dan memilih untuk belajar Pengajian Islam[1]. Selepas menerima Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun 1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam kementerian yang sama pada tahun 1974.

Abdullah berkahwin dengan Allahyarhamah Datin Seri Endon binti Dato’ Mahmood pada tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata dan empat cucu. Pada 20 Oktober 2005, Endon Mahmood meninggal dunia selepas bergelut dengan penyakit barah payu dara sejak 2003.

Dalam tempoh kurang dari 2 tahun menduda, beliau berkahwin dengan Jeanne Abdullah dan melangsungkan akad nikah pada 9 Jun 2007.

Abdullah Badawi secara dekat [2]

Beliau dikatakan mementingkan menikmati makan malam bersama keluarga dan gemar makanan Jepun. Sebagai seseorang yang dibesarkan di Pulau Pinang, beliau amat gemar mencuba pelbagai jenis makanan.

Setiap hari, selepas sembahyang Maghrib, beliau akan mengaji Al-Quran. Dan adalah menjadi kebiasaan beliau menulis nota dalam Jawi. Karangan Shakespeare kegemaran beliau ialah ‘Julius Caesar’. Selain dari keluarga sendiri, tokoh yang banyak mempengaruhinya, yang beliau anggap sebagai mentor ialah Tun Abdul Razak.

Antara peristiwa dunia yang meninggalkan kesan yang mendalam pada diri beliau ialah peristiwa 9/11, yang telah mendorong beliau untuk memperjuangkan fahaman Islam yang sederhana. Beliau juga adalah pencetus Islam Hadhari[1].

Beliau juga sangat berminat dengan kereta. Malangnya beliau tidak banyak berpeluang memandu kereta sendiri atas sebab-sebab keselamatan. Untuk menghilangkan lelah bekerja, beliau mungkin bermain golf, melakukan senaman yoga atau meluangkan masa bersama cucu-cucu beliau.

Beliau gemarkan pertunjukan muzikal – ‘My Fair Lady’ antara yang paling diminatinya – serta seniman klasik seperti Nat King Cole. Beliau juga mempunyai alat I-pod Nano.

Beliau menghargai hasil seni Malaysia, dan merupakan seorang pengumpul seni ukiran kayu, serta anyaman rotan.

Kerjaya politik

Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Pada tahun 1978, beliau meletakkan jawatan untuk menjadi ahli parlimen Kepala Batas di Seberang Perai Utara (kawasan parlimen yang pernah diwakili oleh allahyarham ayahandanya) sehingga kini. Sejak 1981, Abdullah adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 – 2003.

Pada awal tempoh khidmat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, satu pertikaian yang pahit terletus dalam UMNO dan membahagikan parti menjadi dua kem. Kumpulan yang menyokong Dr Mahathir digelar ‘Team A’ manakala kumpulan yang menyokong bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitam digelar ‘Team B’. Kemenangan Mahathir menyebabkan Tengku Razaleigh Hamzah dihalang daripada menyertai UMNO (Baru) yang baru ditubuh. Oleh sebab Abdullah seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam, mentor politiknya, beliau dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet.

Abdullah dikembalikan jawatannya dalam kabinet pada 1991 dan diberikan jawatan Menteri Luar Negeri. Sehingga 1987, beliau pernah menjawat jawatan:

  • Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80)
  • Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81)
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84)
  • Menteri Pelajaran (1984-86)
  • Menteri Pertahanan (1986-87)
  • Menteri Luar Negeri (15 Mac 1991 – Januari 1999).

Kerjaya politiknya kembali sempurna dengan perlantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri pada Januari 1999, selepas pemecatan Anwar Ibrahim. Sebagai Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri, Abdullah membatalkan pengharaman Kitab Iban.

Seterusnya, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003. Selain itu, Abdullah juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Sebagai Perdana Menteri

Abdullah Badawi dengan George W. Bush

Sejak menjadi perdana menteri, Abdullah telah berjanji mengetatkan kawalan rasuah dengan memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan rakyat untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa. Beliau juga membuat tuduhan rasuah ke atas beberapa tokoh masyarakat dari zaman Mahathir, satu tindakan yang dipuji oleh orang ramai.

Abdullah juga mengemukakan Islam Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam. Selain itu, pentadbirannya menumpukan pemulihan sektor pertanian Malaysia.

Pada 10 September 2004, Abdullah, sebagai Menteri Kewangan, mengemukakan belanjawan sulungnya yang dianggap oleh orang ramai sebagai berorientasi pengukuhan dan penyelenggaraan berbanding dasar pertumbuhan yang ditekankan oleh Dr Mahathir.

Abdullah juga terkenal kerana menekankan keselamatan dalam negeri, selepas menyaksikan pertumbuhan amalan rasuah seperti penyogokan dalam pasukan polis.

Dikenali dalam lingkungan orang Melayu di Malaysia sebagai Pak Lah (singkatan untuk “Pak Cik Abdullah”), kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa Abdullah harus tidak dirujuk dengan nama panggilannya dalam dokumen rasmi serta dalam surat khabar; bagaimanapun, nama panggilan tersebut masih boleh digunakan secara tidak rasmi. Sebenarnya, Abdullah sering menggunakan nama panggilan itu untuk merujuk kepada diri sendiri dalam perhimpunan awam.

Sejak menjadi Perdana Menteri, Abdullah telah menjawat jawatan pengerusi untuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Bermula dari 2005, beliau juga menjadi pengerusi untuk ASEAN.

Sebagai Presiden Barisan Nasional

Apabila Tun Dr. Mahathir berundur dari arena politik, beliau telah menggantikan beliau sebagai pucuk pimpinan parti pemerintah, Barisan Nasional.

Kecemerlangan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2004

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang merupakan pilihan raya sulung Abdullah sejak menjadi Perdana Menteri, beliau mencapai kemenangan besar untuk Barisan Nasional, parti campurannya, dengan pencapaian 198 daripada 220 kerusi di Parlimen. Di Terengganu, partinya menewaskan PAS yang merupakan kerajaan negeri itu serta hampir-hampir menawan kubu PAS di Kelantan. Kemenangan ini dianggap secara meluas sebagai tanda berkenan kepada visi Islam yang sederhana berbanding fundamentalisme agama serta sokongan kepada dasar-dasar pencegah rasuahnya.

Pada September 2004, sewaktu dilepaskan dari penjara, bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang telah dikurung oleh bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir, memuji Abdullah di khalayak ramai kerana tidak campur tangan sewaktu mahkamah mengubah keputusan tentang sabitan liwatnya.

Kegagalan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008

Selepas kecemerlangan besar dalam penggal pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia apabila menyapu banyak kerusi pada Pilihanraya Umum Malaysia 2004, beliau menerima tamparan dan ujian hebat apabila Barisan Nasional yang diketuainya telah gagal mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan kehilangan kuasa pemerintahan di 4 buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, dan Perak kepada parti pembangkang serta sekali lagi gagal merampas balik kuasa di Kelantan dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008. Oleh ini, bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohammad berpendapat bahawa Abdullah harus mempertimbangkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah kegagalan besar Barisan Nasional dalam pilihanraya tersebut. [2]

Kontroversi

Setelah gerakan untuk menuduh orang-orang kenamaan seperti Eric Chia dan Isa Abdul Samad dengan rasuah, usaha pentadbiran Abdullah untuk membanteras rasuah dikatakan menjadi kurang jelas. Masih dibahaskan sama ada Abdullah masih terus melawan rasuah secara diam-diam ataupun dia telah sengaja melambatkan usaha dalam menghapuskan rasuah.

Walaupun Abdullah mengatakan bahawa dia mengalu-alukan pandangan atau kritikan yang membantu memperbaiki pentadbirannya, dia telah memberi amaran kepada Mukhriz Mahathir yang mengkritik dasar ekonominya pada Mesyuarat Agong UMNO 2006. [3] Kerajaannya juga cuba mengawal sumber-sumber “bawah tanah” seperti laman web, forum dan blog, menganggap mereka yang menyebarkan maklumat secara maya sebagai “tidak punya kredibiliti”. [4] Di bawah Bill of Guarantee MSC, kebebasan Internet dijamin oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu sebarang usaha untuk menyekat kebebasan bersuara di Internet dilihat sebagai usaha sia-sia.

Kritikan Tun Mahathir

Pada 2005, telah dikatakan bahawa di bawah pentadbiran Abdullah, terdapat suatu peningkatan yang nyata dalam kes-kes kronisme mengenai pemberian permit import (AP) untuk kereta buatan luar negara. Bekas Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad telah menyahut penyiasatan ke dalam isu tersebut. Kemudian, Mahathir mengkritik Abdullah kerana membatalkan banyak projek pembangunan yang dimulakan oleh Mahathir, contohnya pembinaan jambatan untuk menggantikan tambak yang menghubungi Malaysia dan Singapura. [3] Mahathir juga mengatakan bahawa Abdullah telah asalnya memberi kelulusan kepada tentera udara Singapura untuk terbang ke kawasan Malaysia dan menjual pasir kepada Singapura sebagai pertukaran bagi perjanjian untuk pembinaan jambatan. Mahathir melihat ini sebagai suatu tindakan yang “menjual” keluhuran Malaysia.

Pada 2006, Mahathir meneruskan kritikannya terhadap Abdullah, menuduh bahawa kebebasan media di bawah Abdullah telahpun berkurangan. Mahathir juga menambah bahawa media enggan menyiarkan komen beliau. Mahathir telah menyalahkan Abdullah kerana memecahkan janji yang dibuat oleh Abdullah berkenaan dasar kerajaan dan dalam kritikannya yang paling kuat setakat ini, mengatakan bahawa Abdullah telah mengkhianati kepercayaannya. Mahathir kesal kerana memilih Abdullah sebagai penggantinya dan mengatakan bahawa dia pada asalnya inginkan timbalan Abdullah, Najib Tun Razak untuk menggantikannya. Najib yang ketika itu pada suatu lawatan rasmi ke India, segera menyatakan sokongan tidak terhingga kepada Abdullah. [4] [5]

Pada Oktober 2006, Mahathir menyalahkan Abdullah kerana telah mengamalkan suatu tabiat membohong. [6] Ia bermula ketika Abdullah telah dilaporkan mempunyai masalah dengan membuat keputusan yang efektif. Oleh itu, dia selalu menghadapi masalah apabila keputusannya menimbulkan kontroversi di kalangan orang Malaysia. Satu contohnya adalah keputusannya untuk membatalkan pembinaan jambatan yang sepatutnya menggantikan Tambak Singapura-Johor. Dalam pengumumannya, dia senantiasa menggunakan perkataan “rakyat”, dengan menganggap bahawa semua rakyat menyokong kesemua keputusannya tanpa ragu. Berikut merupakan ulasan Mahathir Mohamad:-

Umno has now become completely paralysed… Bila kawan dengan pembohong, kita jadi terdapatlah tabiat itu. Pak Lah Bohong!… Saya berasa amat sedih. Saya tahu ada rasuah. Ada money politics dalam UMNO. Ada orang yang membuat cadangan tertentu dan bertanya kepada saya apakah (adakah) sekarang ini saya perlu berhubung dengan Khairy? Siapa dianya Khairy ini? Apakah (Adakah) dia ini pegawai tinggi kerajaan? Apakah (Adakah) dia Perdana Menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri ataupun Menteri? Tidak. Dia tidak. Tetapi masing-masing berpendapat mereka perlu berhubung dengan Khairy untuk meluluskan sesuatu. [7]

Tambahan pula, kepimpinan Abdullah diragui kerana dikatakan segala tindak-tanduknya perlu mendapat kelulusan daripada menantunya, Khairy Jamaluddin.

Pengkritik telah membandingkan pemerintahan Abdullah dengan pemerintahan Mahathir, mencadang bahawa Mahathir adalah lebih berjaya dalam mengekalkan keharmonian di kalangan kaum-kaum di Malaysia. [8]

Pada 19 Mei 2008, Tun Dr. Mahathir telah mengisytiharkan keluar parti dari UMNO di hadapan 1,000 ahli UMNO Kedah di Alor Star serta menyeru ahli-ahli lain untuk mengikut jejak beliau sebagai satu bentuk tekanan agar Abdullah meletakkan jawatan. Walau bagaimanapun, beliau tidak akan menyertai mana-mana parti lain dan hanya akan menyertai UMNO semula setelah Abdullah meletakkan jawatan. Pengumuman beliau keluar parti meningkatkan kebarangkalian pemulauan parti secara besar-besaran oleh ahli-ahli lain yang setia, yang berupaya memecah-belahkan parti serta menjatuhkan kerajaan.[5]

Kebebasan media

Abdullah juga sering dikritik oleh penulis blog Malaysia dan media luar negara kerana sentiasa mendiamkan diri dengan kritikan terhadapnya. Dia telah bersumpah untuk bertindak keras ke atas penunjuk-penunjuk perasaan yang pro-demokrasi dan memberi sokongannya kepada polis untuk menghapuskan pertunjukan perasaan dan menangkap peserta dalam pertunjukan perasaan. [9] Ini telah diikuti oleh suatu siri larangan media berkenaan beberapa perhimpunan pro-demokrasi bersifat aman seperti Perhimpunan Bersih 2007 yang diadakan pada 10 November 2007. Media tempatan yang dikawal oleh kerajaan Malaysia tidak menyiarkan hal itu (dengan penuh) sedangkan ia telah diperihalkan oleh media luar negara seperti Al-Jazeera, Reuters, BBC dan CNN. Abdullah kemudian menyatakan bahawa dia pantang dicabar. [10]

Pembubaran Parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008

Abdullah Badawi sekali lagi dikritik mengamalkan tabiat menipu oleh ahli-ahli politik pembangkang, setelah beliau mengumumkan pembubaran Parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008. [11] Ini kerana beliau telah berjanji pada 12 Februari 2008 bahawa pembubaran Parlimen tidak akan berlaku pada hari keesokan. [12]

Walau bagaimanapun, ketika ditanya wartawan mengapa Parlimen dibubarkan pada 13 Februari sedangkan beliau pada hari sebelumnya menafikan akan membubarkan Parlimen, Abdullah Badawi mengatakan beliau tidak boleh memberi sebarang bayangan mengenai pembubaran parlimen [13].

Fakta bercelaru tentang daya saing Malaysia

Pada 28 Januari 2008, Abdullah Badawi mendakwa bahawa Malaysia di tangga kelapan dunia dalam konteks daya saing negara berdasarkan Laporan Daya Saing Dunia 2007 (World Competitiveness Yearbook 2007). Dakwaan itu hanya betul di kalangan kategori negara-negara yang mempunyai populasi 20 juta penduduk ke-atas, manakala keseluruhannya Malaysia hanya menduduki tempat ke-23 di dalam dunia. [14]

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim mengatakan bahawa Abdullah Badawi sengaja memutarbelitkan hakikat dan keputusan Abdullah untuk mengeluarkan fakta yang bercelaru ini adalah usaha yang sangat lemah untuk menyembunyikan fakta bahawa asas-asas ekonomi Malaysia telah gagal bergerak di bawah pemerintahannya. Menurut Anwar, daya saing Malaysia semakin merosot dan dalam keadaan di mana ekonomi Malaysia dulunya setaraf dengan Singapura dan Hong Kong, Malaysia sekarang di kedudukan ke-23 di seluruh dunia, manakala Singapura di kedudukan kedua dan Hong Kong ketiga.

Anwar berpendapat bahawa Malaysia memerlukan kepimpinan yang lebih berwibawa sekiranya Malaysia ingin memperkasakan ekonominya sebagai gagasan ekonomi bertaraf global.[15]

Anugerah

Tahun Nama Anugerah Daripada
2007 Bintang Republik Indonesia Adi Pradana Indonesia
2005 Darjah Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin (S.U.M.Z.) Terengganu
2004 Ijazah Doktor Persuratan (Honoris Causa) Universiti Jamia Millia Islamia, New Delhi, India
2004 Pingat Jose Marti (Jose Marti Order) Cuba
2004 Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M.) – Datuk Seri Utama Melaka
2004 Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K.J.) Johor
2003 Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P.) – Datuk Patinggi Sarawak
2003 Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah (S.P.S.A.) – Dato’ Seri Diraja Perak
2001 Fellowship Kehormat Institute of Engineers Malaysia
2001 Darjah Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamallulail (S.S.S.J.) – Dato’ Seri Diraja Perlis
2000 Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan (S.P.N.S.) – Datuk Seri Utama Negeri Sembilan
2000 Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) – Dato’ Seri Selangor
1999 Fellowship Kehormat London Chartered Institute of Marketing
1999 Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat DiMulia – Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad (S.S.A.P.) – Dato’ Seri Pahang
1999 Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) – Datuk Seri Panglima Sabah
1997 First Class Order Of Friendship Of DPRK Republik Rakyat Demokratik Korea (Korea Utara)
1997 Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N.) – Datuk Seri Pulau Pinang
1994 A Knight Grand Cross, First Class Of The Most Exalted Order Of The White Elephant Thailand
1994 Grand Cross Of The Order Of Merit Chile
1992 Dato’ Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) – Dato’ Selangor
1992 Anuguerah “Qwang Hwa Chang” dari Republik Korea Republik Korea (Korea Selatan)
1991 Grand Cordan Of The Order Of The Sacred Treasure Jepun
1987 Kedoktoran Kehormat oleh Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat Amerika Syarikat
1983 Diplomatic Service Merit, The Kwangha Medal oleh Presiden Republik Korea, Chun Doo Hwan Republik Korea (Korea Selatan)
1981 Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (D.M.P.N.) – Datuk Pulau Pinang
1979 Darjah Johan Negeri (D.J.N.) Pulau Pinang
1974 Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) Persekutuan
1971 Ahli Mangku Negara (A.M.N) Persekutuan

Garis masa

  • 1939: Dilahirkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 26 November.
  • 1964 (umur 25): Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya; menjadi Penolong Setiausaha, Jabatan Perkhidmatan Awam (sehingga 1969).
  • 1965 (umur 26): Berkahwin dengan Datin Paduka Seri Endon Mahmood.
  • 1969 (umur 30): Dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha kepada Majlis Gerakan Negara, Jabatan Perdana Menteri (sehingga 1971).
  • 1971 (umur 32): Dilantik sebagai Ketua Pengarah, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (sehingga 1973).
  • 1974 (umur 35): Dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
  • 1978 (umur 39): Menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas; juga menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga 1980).
  • 1979 (umur 40): Menjadi Ketua UMNO Cawangan Bertam serta Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas.
  • 1980 (umur 41): Dilantik sebagai Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga 1981).
  • 1981 (umur 42): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO; menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (sehingga 1984).
  • 1984 (umur 45): Dilantik sebagai Menteri Pendidikan sehingga 1986; menjadi Naib Presiden UMNO sehingga 1990.
  • 1986 (umur 47): Dilantik sebagai Menteri Pertahanan (sehingga 1987).
  • 1990 (umur 51): Dilantik sebagai Ketua Delegasi UMNO ke Jawatankuasa Perundingan Ekonomi Negara/Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Masyarakat.
  • 1991 (umur 52): Dilantik sebagai Menteri Luar Negeri (sehingga 1999).
  • 1993 (umur 54): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO (sehingga 1996).
  • 1996 (umur 57): Menjadi Naib Presiden UMNO.
  • 1998 (umur 59): Menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.
  • 1999 (umur 60): Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada Januari sehingga Oktober 2003; menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
  • 2000 (umur 61): Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada Mei.
  • 2003 (umur 64): Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima pada 31 Oktober.
  • 2004 (umur 65): Menjadi Presiden UMNO pada September.
  • 2007 (umur 68): Berkahwin dengan Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9 Jun.
  • 2008 (umur 69): Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Abdullah mengekalkan kuasa tetapi tidak mendapat majoriti dua pertiga dalam Pilihanraya Umum ke-12.
  • 2008 (umur 69): Mengumumkan tidak akan bertanding sebagai Presiden UMNO pada 8 Oktober

4 Komen »

  1. biodata lah

    Komen oleh zairul | 12 Ogos 2010 | Balas

  2. Great site you have here but I was wondering if
    you knew of any discussion boards that cover the same topics talked about here?
    I’d really like to be a part of group where I can get responses from other experienced people that share the same interest. If you have any suggestions, please let me know. Many thanks!

    Komen oleh green coffee bean max Reviews | 24 April 2013 | Balas

  3. No matter if some one searches for his essential thing,
    thus he/she desires to be available that in detail,
    therefore that thing is maintained over here.

    Komen oleh Sang | 12 Jun 2013 | Balas

  4. As the admin of this site is working, no hesitation very shortly it will be renowned, due to its quality contents.

    Komen oleh Jacquelyn | 28 Mac 2014 | Balas


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: