lubukzai

Sini..Sana..Situ…

Orang Kita

Salam Buat Semua

Didalam negara kita ada pelbagai parti diantaranya BN,PAS,PKR,DAP dll.Dan dalam agama islam pn ada bermacam mazhab.Tp ia tetap kearah yang satu atau tujuan yang sama.

Sebagai contoh,BN perjuangkan rakyat dan secara tidak langsung untuk negara,dan yang lain-lain parti tu pn sama.Cuma pendapat untuk membentuk negara,cara bagaimana memperjuangkan hak rakyat atau apa-apa saja ada perbezaan.Tujuan semua parti pun untuk negara dan rakyat juga.Tapi pemimpin dari setiap parti yang berbeza pendapat dan selalu ada saja yang tak puas hati,kadangkala hujahnya boleh menimbulkan fitnah dan tercetusnya rusuhan atau apa saja.

Cuba kita renungkan,siapakah yang harus dipersalahkan bila pemimpin dan pengikutnya sendiri atau siapa saja mula membuat pelbagai fitnah untuk mejatuhkan pemimpin yang sedia ada demi memilih pemimpin mereka.Perkara-perkara macam ni selalunya berlaku ketika nak pilihanraya dan mereka tidak sedar dengan apa yang bakal harus mereka tanggung.

Tak boleh ke ikut dengan cara undang-undang yang betul,tanpa ada soal fitnah,rusuhan,hasad dengki atau apa saja.Tak elok pula kalau anak-anak kita yang baru nak kenal dunia politik atau bakal jadi pemimpin pada masa hadapan menjadikan apa yang berlaku sekarang ni sebagai contoh(Nak jadi pemimpin harus jatuhkan orang lain,tak kira dengan apa cara sekali pun)..

2 Januari 2009 - Posted by | Renungkan

Tiada komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: