lubukzai

Sini..Sana..Situ…

Maafkan Aku, Cintaku..

Cintaku,

Maafkan aku,
Aku terpaksa melepaskanmu,
Setelah sekian lama aku memendam rasa terhadapmu..

Cintaku,
Maafkan aku,
Aku tidak punyai kekuatan untuk meluahkan perasaanku padamu,
Aku harap engkau akan mengerti perasaanku ini,
Tapi seribu kali sayang,
Impian hanyalah impian,
Bagai menanti buah yang tak akan gugur dari langit,
Aku beralah,
Kerana aku tahu,
Ada seseorang yang lebih menyayangi dirimu,
Lebih dariku..

Cintaku,
Maafkan aku,
Kerana pernah menyukaimu,
Kerana pernah menyayangimu,
Kerana pernah merinduimu,
Kerana pernah mencintaimu dalam diamku,
Tapi kini,
Ku biarkan ia berlalu,
Bersama-sama titisan air hujan,
Yang turun membasahi bumi,
Seperti mana membasahi jua hatiku ini..

Cintaku,
Maafkan aku,
Ku harap,
Engkau berbahagia,
Bersama si dia yang tercipta untukmu..

Biarlah aku di sini,
Terus menanti,
Dan terus mencari,
Andai ada jodohku,
Ada lah si dia untukku,
Semoga Allah perkenankan doaku ini..
Amin..

Maafkan aku,cintaku..

16 Januari 2009 - Posted by | Puisi/Sajak

6 Komen »

  1. tersentuh hati umi bila setiap ayat yang dilafazkan bagai terus tembus ke dalam hati…bersabarlah wahai hati yang sentiasa merindu….kerana setiap insan tidak akan kuat tanpa di uji oleh ujian dariNYA…..

    Komen oleh umi | 18 Januari 2009 | Balas

  2. Cinta itu pasti datang.. jika ia telah tercipta untukmu.. bersabar sentiasa

    Komen oleh suhaila | 16 Jun 2009 | Balas

  3. sabarlah sesungguhya pintu kebahagiaan akan terbuka kembali,sekiranya pintu yang lama kita tutup…yang pasti kita jangan sesekali lupekan pada DIA yang maha Esa,,CINTAI LAH DIA,SESUNGGUHNYA MENYINTAI DIA ADALAH CINTA YANG SEJATI,LANTARAN ITU DIA JUGA AKAN MEMBERI CINTA YANG SUCI UNTUK KITA,,

    Komen oleh zanna | 6 Ogos 2009 | Balas

  4. aku sedang merasai cinta tapi aku perlu melepaskan cinta e2.kerna aku dan si die hanya sebagai seorang pekarja dan majikan sahaja..tolongla aku memang sukar untuk aku melepaskan cinta e2 kerna aku dan die sering bertemu kerna aku dan die sama tempat kerja jadi aku tidak boleh untuk menjauhkan perasaan e2 padanya…tolonglah aku…

    Komen oleh elin | 21 Ogos 2009 | Balas

  5. sedih bila terkenangkan s’sorg yg kita syg pergi….bersesuaian dgn diriku,aku juga telah dilupakan…walaupun aku pernah menyintai dirinya dan menerima dia seadanya,…tapi malang aku diduakan..tuhan sja yang mengerti betapa aku menyintai dirinya…kini aku bagaikan digantung tidak bertali…aku syangkn si dia…biarlah aku yang mbwa hati yang luka ini..aku pasrah..

    Komen oleh damia asri | 13 September 2009 | Balas

  6. E’EMP AK YG X RETI TULIS NI PONN RETI TULIS CBB SLALU BCE SUMER TW

    Komen oleh nadiya | 27 Mei 2012 | Balas


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: