lubukzai

Sini..Sana..Situ…

Santan Atau Mutiara

Apabila kamu berkawan dengan lelaki
Ingatlah ada dua pilihan terbentang

Yang Pertama………
Kamu jadi seperti kelapa…..
Mudah diperolehi….
Diparut…
Diperah…..
Dan diambil santannya…..
Lepas itu hampasnya dibuang……

Yang Kedua….
Kamu menjadi sebutir mutiara……
Berada di dasar lautan………
Tersimpan rapi………
Dilindungi kulit………..
Bukan senang nak melihat……
Apa lagi mendapatkannya……
hanya orang yang bertuah……
Berusaha menyelami dasar lautan……
Dapat memperolehnya…..
Harganya mahal sekali…….
Dan ia akan tersimpan selamanya…..

Jadi……
Kamu pilihlah samada…….
Hendak menjadi SANTAN ataupun MUTIARA……..

Di sebalik santan……..
menjadi penyedap makanan……
diperah segala kenikmatan…….
dengan mudah jatuh menjadi titisan…..
akhirnya habis kari dimakan…
pulut panggang sisa habis ditelan…..
dan santan hilang tak jadi ingatan…..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang…..
orang tak kenang jasa santan….

Mutiara…….
Tertanam di dasar yang paling dalam…..
sukar andai mengharap jadi perhatian kerana dilapisi kulit yang keras menghadang……
namun kiranya ditemui insan…..
akan menjadi permata hiasan….
terletak tinggi di cincin idaman….
atau di leher nan jinjang…..
atau dilengan menawan…..
makin lama mutiara tertanam….
makin tinggi nilaian….

OLEH ITU….. TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN………

Menjadi santan….
mudah jadi perhatian….
tapi hanya sebentar jadi santapan….
kemudian hilang segala nikmat dan pujian…….

menjadi mutiara…..
sukar ditemukan…..
namun bila dihias indah gadis perawan…
hilang ia…
tangisan mengiringi berzaman…..

.

.

SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA SEBELUM MENINGGALKAN LUBUKZAI

19 Januari 2009 - Posted by | Renungkan

1 Komen »

  1. sememangnya semua wanita ingin menjadi mutiara..diletak tinggi di mata lelaki…lebih-lebih lagi di mata lelaki idamannya. Justeru itu ramai wanita kecundang menjadi santan…kerana hajatnya tidak kesampaian dek kerana hasutan sang lelaki. Wanita insan yang lemah…terpulang pada lelaki untuk membimbing wanita dan meletakkan wanita di tempat yang sepatutnya dihargai…dihormati dan disayangi. Walau dimana pun wanita itu berada di hati lelaki kerana wanita itu ibu, isteri dan anak gadis yang comel. Tidak dapat tidak lelaki lah perlu bertanggung jawab untuk membimbing wanita ke arah jalan yang tidak berliku dan memusnahkan masa depannya. sebagai insan kita saling memerlukan….dan saling lengkap melengkapi…

    Komen oleh umi | 19 Januari 2009 | Balas


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: