lubukzai

Sini..Sana..Situ…

Kenapa Masih Belum Berumahtangga ?

Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..

Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”

Wallahu’alam

22 Januari 2009 - Posted by | Renungkan

2 Komen »

  1. Memang benar, setiap manusia yang melata d atas muka bumi ini telah ditentukan oleh Allah suratan hidupnya…ajaul, maut, rezeki dan jodohnya. Tapi sebagai manusia yang tidak mempunyai keistimewaan selain dari akalnya…kita perlu bertindak untuk merancang kehidupan kita. Samada termakbul atau tidak hanya Dia yang menentukan. Memang sinonim dengan jawapan “Apa boleh buat,belum ada jodoh” jika diajukan kepada sesiapa pun yang padanya selalu gagal dalam mencari pasangan hidupnya. Tapi yang pastinya jodoh itu sentiasa menantinya…cuma mungkin perjalanannya agak jauh dan perlu menempuh dugaan-dugaan yang Allah berikan. Sebutir permata yang amat berharga tertanam di dasar laut dalam…hanya orang yang bersabar dan sanggup meneruskan perjalanannya dan berusaha untuk mencari jodohnya akan menemukan jodoh yang Allah berikan.

    Komen oleh umi | 22 Januari 2009 | Balas

  2. hmm..ckp psal jodoh ni smpai bila2 pun xkn ada pnyudahnya..ye la topik ni luas rangkuman nya..umum..kesimpulan yg dpt sya buat ialah jodoh itu ketentuan Tuhan..nk kata kita memilih sgt,xgak..kkdg kita dah ada calon pun klau bukan jodoh xkawin2 gak..ader jer mslh/halangan..kita usaha ke tak same je..kkdg usaha giler nk dpt kan jdoh tp klau Allah tntukan jdoh lom ada, lewat lg or mybe jdoh xde kat dunia ni xgak kawin2..yg nk cpt kawin klau Allah dah tulis kat Lauh mahfuz tu jdo si polan lambat smpai xkwin cpt gak..kkdg sya hairan gak ngan org yg asyik dok tnya,risau giler sbb kita xkawin2,tdak ker mreka fikir sgala2 nya tu Ktntuan Tuhan..semua org ada keinginan nk kawin,tp klau jdoh lom smpai apa nk wat..klau jdoh dah smpai awal lg dah kawin..kkdg yg dah kawin plak ada citer trsndri,kawin nya awal tp jdoh xpnjang..kawin lak semula dgn org lain..dlm apa2 hal pun kita harus beringat,sya pun ingatkan diri sya sndri gak..jgn terburu-buru..klau dah memang jdoh xkn lari gunung dkjar jnji kita bnyk berdoa..insyaAllah Tuhan tu maha mngetahui mana yg terbaik utk kita…kkdg trkilan gak hati bila mber lama jumpa tnya dah kawin ke ada plak tu sje pncing2 soalan nk korek rahsia smada kita dah kwin ker lom..sya jwb ringkas je jdoh belum smpai,ntah kat mane la jdoh aku pegi ni..hmm..

    Ajal maut pun bgtu gak..kkdg kita slalu pikir yg dah tua tu hmpir dgn kubur sdangkan yg muda xsedar ajal mreka dah d tulis mybe lebih cpt mati dr yg tua tu..kita harus beringat n bersedia apapun yg berlaku atas kehendaknya di samping brusaha kita berdoa n berserah pd nya..jnji dlm hidup ini kita buat yg terbaik..kkdg terdetik lak prsoalan nape dah buat yg terbaik masih gak jd tak baik2..itu la yg di sebut ketentuan Tuhan..redha la hnya dia gak yg tahu hikmah dsebalik semua yg brlaku..mybe yg kita suka tu xbaik utk kita n yg kita xsukla tu adlh baik utk kita hnya DIA jua yg lebih mngetahui..bnyk2 mintak ptunjuk smoga kita semua berada di jlan yg lurus wlaupun bnyk ujian melanda..

    Komen oleh zai | 22 Januari 2009 | Balas


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: