lubukzai

Sini..Sana..Situ…

Kisah Gadis dan Belanga

Dini hari lagi, gadis kecil yatim piatu meneruskan perjalanan untuk mencari rezekinya. Hanya berbekalkan dua buah belanga tanah untuk mengisi air, si gadis mengetuk pintu setiap rumah untuk mengambil upah mengangkat air dari sungai yang sememangnya menjadi punca air di kampung yang terpencil tersebut.

Dari sebuah rumah ke sebuah rumah, gadis kecil langsung tidak berputus asa mengharap rezekinya akan tiba. Namun setiap langkah longlai tidak berbalas kerana semua penghuni menolak untuk mengupahnya mengangkat air.

Akhirnya, hanya tinggal sebuah rumah di puncak bukit yang tersergam indah belum dijejakinya. Dengan langkah yang lemah, si gadis berdoa semoga pintu rezekinya terbuka untuk nya oleh penghuni rumah yang tersergam indah di puncak bukit. Si gadis disambut dengan suara yang garau dan kasar di dalam rumah sebaik saja pintu di ketuk. Hampir lemah apabila menatap wajah bengis si penghuni yang disapa. ‘Apa kamu mahu datang ke rumah aku?’ kasar bunyi pertanyaan penghuni rumah. ‘Saya mahu mengambil upah mengangkat air, tuan ingin mengupah saya?’ , gugup jawap si gadis.

‘Baiklah, kamu penuhkan kolam di belakang rumah aku ni!, jawab si penghuni dengan air muka yang tiada langsung kemesraannya. Si gadis amat bersyukur kerana hasilnya tidak sia-sia.

Bermula dari hari tersebut, sigadis berulang alik dari sungai ke rumah puncak bukit mengangkut air mengunakan dua buah belangga di kiri kanan tangannya. Tidak langsung terlihat penat lelah di air muka si gadis kerana itulah rezekinya.

Bukan mudah untuk memenuhkan kolam yang besar itu hanya dengan dua buah belanga, tambahan pula salah satu belanga tersebut telah retak. Sepanjang perjalanan air akan menitik keluar dari rekahan belanga tersebut. Maka dengan bangganya belanga yang tidak retak berkata pada belanga yang retak “ Kau lihat lah wahai belanga yang retak, akulah yang lebih banyak memberi perkhidmatan kepada tuan kita. Kau hanya dapat membawa sedikit sahaja air sebab hampir separuh air terbuang dalam perjalanan.” Belanga retak amat sedih, kerana kecacatannya tidak dapat membantu tuannya si gadis kecil memenuhkan kolam secepat mungkin..

‘Kenapa lama sangat kamu nak memenuhkan kolam aku?’ sergah si penghuni rumah kepada si gadis kecil. Hampir sebulan telah berlalu, namun kolam masih belum penuh. Si belanga tidak retak mencebik muka pada si belanga retak.’ Ini pasal engkaulah wahai si cacat! Lihat, tuan kita kena marah!’.

Gadis kecil amat hiba dan sedih kerana dia tidak dapat memenuhkan kolam tersebut. Gadis kecil dengan lemah melangkah menuruni bukit,air mata si gadis berderai mengenangkan nasib dirinya yang dimarahi oleh majikannya tadi. Tiba-tiba gadis terpandang bunga-bunga beranika warna yang cantik berkembang. ‘ Sungguh cantik bunga-bunga ini, masa aku mula-mula melalui jalan ini aku tidak pernah melihat bunga-bunga ini’ detik hati kecil si gadis. Yang menghairankan si gadis, hanya sebelah kanannya sahaja bunga-bunga mekar di sepanjang jalan.

Akhirnya si gadis teringat, dia membawa belanga retak di sebelah kanan tangannya dan disepanjang jalan air dari belanga retak menitis menyiram pokok-pokok bunga di sepanjang jalan. Si gadis amat gembira. Dia memetik sejambak bunga untuk diletakkan di rumah majikannya. Tentu majikannya akan gembira. Belanga retak amat gembira kerana tuannya tidak susah hati lagi.

Pengajaran dari cerita ini, walaupun kita tidak sempurna dalam hidup ini, namun kita masih dapat menyumbang kebaikan yang kita ada, walaupun secara tidak kita sedari. Oleh itu bersyukurlah. Bagi orang yang menganggap dirinya terlalu sempurna, tidak semua kita dapat lakukan di dalam hidup ini dan mungkin di mata orang lain kita belum sempurna. NOBODY PERFECT

.

.

Kiriman Asal : Umi

22 Januari 2009 - Posted by | Cerpen

1 Komen »

  1. Wonderful beat ! I wish to apprentice while you amend
    your web site, how could i subscribe for a blog site? The account aided
    me a acceptable deal. I had been a little bit acquainted of this your broadcast provided bright clear concept

    Komen oleh Rigoberto | 27 Oktober 2016 | Balas


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: