lubukzai

Sini..Sana..Situ…

Kiamat Dah Dekat??

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

‘Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.’ Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.’
– Hadith Sahih Bukhari

~ perkara ni dah jadi dah… depan mata…. walaupun sekadar tengok di berita perdana jam 8.00 malam @ Al Jazeera.

2) Zina bermaharajalela.

‘Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang…’ – Hadith Sahih Muslim

~ perkara ni dah jadi dah…. depan mata… kat mana mana ada perkara macam ni. dah tahu malu lagi. kalau nabi Muhammad PBUH masih hidup, pasti baginda sedih melihat kejadian ini.. sebab bukan ini yang baginda inginkan dari umatnya.

3) Bermaharajalela alat muzik.

‘Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka’. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
‘Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?’ Baginda menjawab: ‘Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita’ – Ibnu Majah

~ perkara ni dah jadi dah… depan mata… paling senang nak jumpa depan television. adanya rancangan Akademi Fantasia, Malaysia Idol, artis perempuan yang membawa imej muslimah… dan pelbagai lagi… ini tak termasuk artis wanita yang macam perempuan nasrani dan yahudi.

4) Menghias masjid & membanggakannya.

‘Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid’ – Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah… tak payah tengok kat luar negara, kat Malaysia ni pun ada… masjeed cukup besar, tapi tak ramai jemaahnya. tempat yang ramai jemaah, sampai melimpah-limpah tak muat nak masuk buat solat jumaat tak nak diperluaskan lagi masjeed tu.. biasanya orang macam ni lebih pentingkan, masjeed mana paling canggih… cantik….

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga..

‘Tidak akan datang kiamat sehingga banyak
perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.’ – Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu……. ada jugak bapak yang tak ingat anak, suruh orang lain bela… bila anak dah besar, tak payah bela lagi, baru datang carik anak…

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran’
– Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama’ yg tinggal… kalau yang ada ada ni tak tahu komitmen dia yang sebenarnya, samada betul tanggungjawabnya untuk kepentingan islam atau sekadar tempelan batuk di tangga..

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

‘Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka'(orang yang bodoh & hina).. Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia’ – Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia ?…..

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

‘Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.’ – Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa…

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. ‘Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang’.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)… pakai kat umah cukupla tunjuk kat laki, dapat pahala besar… ini siap tunjuk kat orang.. nak tunjukkan betapa besar ‘lurah aku’, betapa besar pinggul aku’, betapa ramping badan ku… betapa ‘flat’ perut ku …. etc… masyaAllah. kan senang pakai baju kurung, nak duduk selesa, nak berjalan selesa, nak buat ibadah umum (macam keluar bekerja mencari rezeki, pegi berniaga dan jumpa orang, menghadiri majlis perkahwinan etc) pun selesa. apatah lagi ibadah khusus (bersolat, tak nampakla kulit kalau bertudung, nak berzikir pun seronok, sebab menutup aurat, sebab berzikir ni walaupun pendek, tapi berulang kali memang ada kebaikannya, hanya Allah yang tahu, bukan kita.)

10) Bulan sabit kelihatan besar.

‘Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung( membesarnya) bulan sabit.’ – Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok… atau tanya orang yang biasa dengan ilmu ini. pasti mereka tahu.

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

‘Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu’ – Sahih Muslim

~ Siaran TV, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie……. macam macam ada ….

12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

‘Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu ……..
& disembunyikan kesaksian yang benar.’ -Riwayat Ahmad

~ tengok kes depan mata … soheh serta sah nampak, tapi kita atau orang yang sepatutnya … buat tak tahu jek….

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

‘T idak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²’ – Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji… Mina (tempat orang buat haji- bersihkan dosa) dah kene banjir….

16 Mac 2009 - Posted by | Renungkan

8 Komen »

  1. bnyk da jdi tnda2 tw skrg..

    Komen oleh aLyn | 17 April 2009 | Balas

    • mmm..diantarenye suke mkn kek brtingkat..he..he..jgn mara aa..

      Komen oleh zai | 18 April 2009 | Balas

  2. ha??..
    adOii!!.. terkena jgak>…
    xde dlm list pon!!..

    Komen oleh aLyn | 19 April 2009 | Balas

    • he..he..gurau jer alynn.. xmanis ler,klu marh2..

      Komen oleh zai | 20 April 2009 | Balas

  3. Nauzubillah..

    Komen oleh Nurul | 1 Jun 2010 | Balas

  4. ‘KIAMAT DAN KEADAANNYA’

    http://www.scribd.com/doc/36025155/Surat-Kepada-Yang-DiPertuan-Agong-Dan-Mufti-Mufti

    Komen oleh Krulayar | 19 Ogos 2010 | Balas

  5. A’AAA SBB AYE AQ NMPAK KT LUAR PON CEMTUW… BYK B’BUAT ZINA

    TU LER..CEM NER X DTG DIORNG BUAT BYK KT DUNIA ISH3…

    Komen oleh nadiya | 27 Mei 2012 | Balas

  6. Ada lagi banyak tanda akhirat, yang telah diperlihatkan. Antaranya:

    1. Yang baik kurang, yang buruk ramai

    “Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik”. (Riwayat at-Tabrani)

    2. Golongan ahli ibadat yang jahil dan ulama fasik.

    “Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik”.
    (Riwayat Ibnu Ady)

    3. Bangunan pencakar langit dan anak (hamba) jadi tuan kepada ibubapa

    “Jibrail bertanya kepada RasululIah saw., “Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?” Lalu Nabi saw. menjawab, “Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”. Maka Jibrail lalu berkata, “Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya”, maka Nabi saw. menjawab, “Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan”.
    (Sahih Muslim)

    Komen oleh kronos | 2 Julai 2012 | Balas


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: