lubukzai

Sini..Sana..Situ…

Jangan Terpedaya !!

gmbr Teruskan membaca

1 April 2009 Posted by | Informasi | 4 Komen

Buru dalang hina Islam

PUTRAJAYA: “Dalang yang menyebarkan artikel dan gambar menghina Nabi Muhammad S.A.W akan dikesan bagi membolehkan tindakan tegas dapat diambil,” kata Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Dr Hakim Shafie.

Berikutan itu, pihaknya akan bekerjasama dengan polis untuk mengesan pihak terbabit.

“Kami akan menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada untuk mendakwa mereka yang terbabit dalam penyiaran artikel dan gambar itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dr Halim berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar mengenai sebuah blog yang didakwa milik seorang wanita Melayu menyiarkan artikel berbahasa Melayu dan beberapa lukisan menghina Islam serta Nabi Muhammad.

Bagaimanapun, dipercayai wanita dan nama wanita itu hanya diperalat pihak lain.

Antara peruntukan undang-undang jenayah dan sivil boleh digunakan terhadap individu atau penulis yang menyalahgunakan laman web atau blog untuk tujuan negatif, termasuk mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) dan Akta Hasutan 1948.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis mengambil tindakan segera terhadap blog terbabit.

Tindakan itu, katanya tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana boleh mengancam dan menimbulkan masalah besar dalam negara selain menghalang isu itu daripada digunakan pihak tertentu untuk merosakkan perpaduan rakyat.

Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga akan mengambil tindakan tegas terhadap penulis blog yang mendapati menghina agama.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz, berkata pihaknya boleh mengambil tindakan terhadap penulis blog atau pemilik laman web jika mereka didapati menghina agama Islam dan Nabi Muhammad.

“Sekarang, SKMM dan polis masih mengesan dalang atau individu bertanggungjawab dalam penyiaran artikel dan gembar menghina Nabi Muhammad.

“Apabila berjaya dikesan kita akan bertindak,” katanya.

Wan Muhammad turut memberi amaran kepada orang ramai, terutama pengikut fanatik agama dan pemimpin politik supaya tidak menyentuh sensitiviti agama masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Menteri Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek pula berkata, wanita itu menemuinya dua minggu lalu menafikan dia penulis dan pemilik laman blog terbabit.

Beliau berkata, wanita itu meminta bantuan RTM untuk membersihkan namanya.

29 Disember 2008 Posted by | Informasi | Tinggalkan komen

Mati terjerut selepas merajuk

KULIM: Seorang kanak-kanak lelaki ditemui mati dalam keadaan terjerut dengan seluar panjang, dipercayai merajuk selepas dimarahi ibunya di sebuah taman perumahan di Lunas, dekat sini, semalam.

Mangsa berusia 12 tahun yang memperoleh 3A 2B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah bilik oleh adiknya.

Menuurt sumber, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.30 petang ketika kanak-kanak itu bersama tiga adiknya bermain di dalam rumah manakala ibu mereka berada di dapur.

Katanya, ketika bermain, mangsa dipercayai bergaduh dengan seorang adiknya lalu dimarahi ibunya menyebakan dia masuk ke biliknya.

Ibu mangsa kemudian menyuruh anak perempuannya yang berusia 10 tahun memanggil mangsa selepas curiga kerana kanak-kanak itu tidak keluar bilik selepas kira-kira sejam berkurung.

Bagaimanapun, budak perempuan itu terkejut apabila menemui abangnya dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan sepasang seluar panjang terjerut di leher di atas katil dua tingkat dalam bilik.

Adik perempuan mangsa memaklumkan kepada ibunya yang kemudian memanggil jiran lalu membawa kanak-kanak itu ke Pusat Kesihatan Lunas. Bagaimanapun, mangsa disahkah meninggal dunia.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat dan setakat ini, polis mengklasifikasikan kejadian sebagai kematian mengejut.

Sementara itu, seorang bapa saudara mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa tidak menunjukkan sikap pelik dan tidak menyangka kejadian itu boleh berlaku.

29 Disember 2008 Posted by | Informasi | Tinggalkan komen

Bakar teman lelaki

JOHOR BAHRU: Cemburu yang melampau mendorong seorang wanita menyimbah cecair disyaki petrol ke arah teman lelakinya yang berada dalam bilik air.

Dia kemudian menyalakan api untuk membakar kekasihnya itu hingga melecur 95 peratus anggota badan dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi kelmarin di rumah sewa mereka di Taman Ungku Tun Aminah (TUTA), di sini.

Wanita berkenaan melarikan diri selepas melihat teman lelakinya dijilat api.

Mangsa yang meraung kesakitan segera dibantu teman serumah lain sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, untuk rawatan kecemasan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Mohd Akhir Is hak, berkata mangsa, G Ganipathy, 32, berada dalam bilik air sebelum disiram cecair disyaki petrol oleh teman wanitanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati teman wanita berusia 45 tahun itu tinggal sebilik dengan mangsa.

“Mangsa yang menjerit kesakitan akibat terbakar terus berlari keluar dari bilik air sebelum dibantu rakan serumah dan dihantar ke HSA.

“Bagaimanapun, mangsa yang melecur hampir 95 peratus anggota badannya meninggal dunia jam 10.15 malam kelmarin berikutan kecederaan parah,” katanya.

29 Disember 2008 Posted by | Informasi | Tinggalkan komen

Dua beranak nafsu haiwan

BUTTERWORTH: Bernafsu haiwan adalah perkataan paling sesuai untuk dua beranak, termasuk remaja lelaki berusia 16 tahun yang ditahan polis selepas disyaki menodai seorang bayi perempuan baru berusia 20 bulan.

Kejadian itu hanya disedari ibu bayi berkenaan apabila pulang ke rumahnya di sini kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu apabila melihat bayinya menangis begitu lama.

Sebelum itu, sumber berkata, wanita berusia 32 tahun yang bekerja sebagai juruwang itu meminta ibunya mengambil bayinya yang ditinggalkan di rumah pengasuh kira-kira 50 meter dari rumahnya.

Katanya, wanita itu kemudian mendapati bayinya menangis dengan kuat apabila dibawa pulang ke rumah, tetapi dimaklumkan ibunya dia mungkin demam.

“Wanita itu yang tidak berpuas hati kemudian memeriksa dan mendapati ada kesan darah dan luka pada bahagian sulit bayi perempuannya.

“Dia kemudian terus membawa bayinya yang menangis dengan kuat tidak berhenti-henti ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini.

“Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan terdapat kesan koyak pada kemaluan mangsa. Bagaimanapun, keadaannya kini dilaporkan stabil dan masih menerima rawa tan di HSJ,” katanya.

Berikutan itu, ibu mangsa membuat laporan polis.

29 Disember 2008 Posted by | Informasi | Tinggalkan komen

Air jampi Metal Indonesia

Air Jampi

KUALA LUMPUR: Jika Mat Rempit gemar mengambil arak murah untuk membuatkan mereka berani melakukan lagak ngeri di jalan raya, kumpulan Metal Indonesia di sini pula meneguk sejenis air jampi sebelum bertarung dengan kumpulan samseng lain.

Air jampi itu dipercayai menjadikan mereka tidak gentar ketika berhadapan lawan walaupun bilangan musuh lebih ramai.

Kumpulan ganas terbabit yang sering melepak di sekitar pusat tumpuan pelancong di ibu kota terutama pada hujung minggu didakwa pantang dicemuh terutama kumpulan pendatang asing lain.Mereka juga tidak teragak-agak bergaduh menggunakan senjata tajam.

Menurut sumber, individu yang meneguk air jampi itu bukan saja menjadi lebih berani, malah seperti dirasuk lalu sanggup membelasah lawan tanpa belas kasihan hingga cedera parah dan membawa maut.

Katanya, melalui maklumat daripada kenalan yang menganggotai kumpulan metal berkenaan, air jampi berkenaan turut dicampur sejenis minyak untuk menambahkan kuasanya.

“Saya sendiri pernah melihat air berkenaan dan ketika dihidu baunya seakan-akan ‘minyak atar’ tapi amat kuat hinggakan boleh membuat mereka yang tidak pernah menghidunya menjadi pening.

“Setiap kali sebelum bertempur, kumpulan Metal Indonesia itu berkumpul berhampiran sebuah pasar raya di ibu kota yang sememangnya terkenal sebagai kawasan mereka berjumpa setiap hujung minggu atau cuti am,” katanya.

Kumpulan sama dipercayai terbabit dalam kekecohan di Taman Tasik Titiwangsa di sini jam 2.15 petang semalam.

Mereka mulanya berkumpul di hadapan pasar raya berkenaan seawal jam 8 pagi sebelum bertolak ke taman terbabit.

“Selain meneguk air jampi itu, mereka memasang pelekat khas warna putih di bahu dipercayai mengelak daripada terpukul sesama sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, polis bertindak segera dengan menahan lapan lelaki daripada kumpulan metal Indonesia itu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan kejadian yang berlaku 500 meter dari pentas utama satu majlis yang turut dihadiri ribuan warga Indonesia di taman terbabit.

“Ketika kejadian orang ramai sedang asyik melihat persembahan di pentas utama. Tiba-tiba sekumpulan 15 lelaki menyerang satu kumpulan warga Indonesia menggunakan batang besi sebagai senjata.

“Akibat pergaduhan itu, tiga daripada mereka cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

“Kami belum dapat mengenal pasti motif pergaduhan. Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 148 kerana merusuh,” katanya.

Dengan bantuan polis, majlis berkenaan selesai dalam keadaan aman.

29 Disember 2008 Posted by | Informasi | Tinggalkan komen