Gaza – Palestinkini : Pasukan Israel kembali menggempur wilayah utara Gaza dengan bom kereta kebal, dilindungi pesawat tempur mereka.

Sumber di sasaran menyebutkan, pasukan Israel melepaskan roket-roketnya ke ladang pertanian penduduk di sebelah timur Gaza. Sementara di atasnya berputar-putar pesawat tempur apache untuk mengamankan operasi seranganya.

Menyusul serangan ini, timbul kekhuatiran di kalangan warga awam akan adanya serangan susulan terhadap warga awam di wilayah tersebut. Apa tah lagi sebelumnya, harian Israel, Aharetz Jumaat (30/1) mengumumkan, bahawa tentera Israel akan melancarkan operasi serangan secara kecil-kecilan terhadap target pejuang di Semenanjung Gaza, sebagai serangan balasan atas gempuran roket pejuang ke Kesuvem yang melukakan tiga askar Israel dan kehancuran dibeberapa tempat strategik.

Keputusan ini diambil berdasarkan perbincangan tertutup yang diketuai Ehud Olmert Khamis malam (29/1) bersama menteri pertahanan Ehudd Barak dan menteri luar Tzipi Livni. (asy)