lubukzai

Sini..Sana..Situ…

Khas Untuk Si Isteri….

“Sebagai isteri, tahukah anda apa yang diharapkan oleh suami dalam menjalin hubungan yang penuh kemesraan lagi hangat? Bagaimana pula sentuhan yang digemari si suami. Sebenarnya di sebalik sifat kelelakiannya, lelaki amat menyenangi sentuhan dan belaian wanita. Bagaimana dapat anda, seorang isteri penyayang, memancing ghairah suami tersayang? Dipersilakan membaca panduan-panduan di bawah.

Elakkan Dahulu
Janganlah anda fikir dengan tanpa seuratpun benang di tubuh anda, anda dapat dengan terus menaikkan ghairah suami anda. Anda seharusnya memakai pakaian malam/tidur yang tipis dan menampakkan bentuk dan lekukan-lekukan tubuh anda – keadaan yang mana anda masih berpakaian tetapi kelihatan seperti ‘bertelanjang’ beginilah yang dapat menaikkan nafsu suami untuk hebat menggauli anda.

Urai Rambutmu
Terutama bila anda berada di atas tubuhnya. Rambut anda yang lembut terurai berjuntaian dengan perlahan-lahan dapat menaikkan ghairah suami, apatah lagi bila dia terhidu keharuman rambut anda yang sentiasa berada dalam perapian itu.

Senyap Itu Indah
Adalah sesuatu yang membangkitkan hasrat seks lelaki apabila melihat isterinya membuka butang baju perlahan-lahan tanpa sepatahpun kata-kata. Diiringi senyuman mesra manja, suami tidak akan bersabar-sabar lagi untuk meraih anda ke dalam pelukannya. Teruskan membaca

22 Februari 2009 Posted by | Petua | Tinggalkan komen

Usah Buka Aib Sesama Muslim

Kelak Allah tutup aibnya di akhirat

DALAM satu hadis Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya sesama Muslim, kelak Allah akan tutup aibnya di akhirat.”
Cuba kita sama-sama teliti satu kisah di zaman Nabi Musa a.s. Pada suatu ketika Bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka berkumpul dan datang menemui nabi.

Mereka berkata: “Ya Kaliimallah! Berdoalah kepada Tuhanmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami.”

Berangkatlah Nabi Musa bersama kaumnya menuju ke padang pasir yang luas. Dengan jumlah yang ramai itu mereka berdoa dalam keadaan lusuh dan penuh debu, haus serta lapar.

Nabi Musa berdoa: “Ilaahi! Asqinaa ghaitsak…wansyur ‘alaina rahmatak…”

Selepas itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin berkilauan. Maknanya segumpal awan pun tidak muncul jua.

Kemudian Nabi Musa berdoa lagi: “Ilaahi…asqinaa…” Teruskan membaca

13 Februari 2009 Posted by | Renungkan | Tinggalkan komen

Hargai Nyawa

JANGAN terkejut jika tindakan membunuh diri adalah satu daripada penyumbang utama kematian di dunia. Pertubuhan Kesihatan Dunia menyatakan, seorang membunuh diri setiap 39 saat.

Malah, dianggarkan 10 hingga 20 juta cubaan bunuh diri yang tidak membawa maut berlaku setiap tahun di seluruh dunia.
Bunuh diri boleh difahami sebagai suatu tindakan mengambil nyawa sendiri. Ia merujuk kepada perbuatan memusnahkan diri sendiri kerana enggan berhadapan sesuatu perkara atau masalah yang dianggap tidak dapat ditangani.

Ia berlaku disebabkan pelbagai faktor, seperti kegagalan menghadapi tekanan, malu kepada keluarga dan masyarakat, rasa bersalah, tidak dapat menahan kesakitan fizikal, tekanan emosi yang meluap-luap, kebimbangan dan masalah kewangan. Teruskan membaca

13 Februari 2009 Posted by | Renungkan | 1 Komen

Sesudah Asar

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka
sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar Seluruh tubuh iaitu
dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran
atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru
saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan
mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik
di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati,maka getaran ini
akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda
ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang
hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda
ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang
terbaikuntuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan
diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan
sesudah mati. Teruskan membaca

13 Februari 2009 Posted by | Renungkan | Tinggalkan komen

Berat Segelas Air.

Renung2kan…
Pada saat memberikan kuliah tentang Management Stress,
Stephen Covey mengangkat segelas air dan bertanya
kepada para siswanya:”Seberapa berat menurut anda
kira-kira segelas air ini?”Para siswa menjawab mulai dari
200 gr sampai 500 gr.”Ini bukanlah masalah berat mutlaknya,
tapi tergantung berapa lama anda memegangnya,” kata Covey.

“Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah.
Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan
sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin
anda harus memanggilkan ambulans untuk saya. Beratnya
sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka
bebannya akan semakin berat.” Teruskan membaca

13 Februari 2009 Posted by | Renungkan | 1 Komen

Jenis-Jenis Nafsu

Nafsu #1

Nafsu Amarah: Nafsu yg tunduk dan patuh menurut kehendak nafsu syahwat
dan syaitan.

Nafsu amarah tidak dapat dikawal dgn sempurna oleh hati. Sekiranya
hati tidak dapat meminta bantuan ilmu, hikmah kebijaksanaan dan akal,
hati akan binasa. Justeru itu, seseorang itu mudah terjerumus ke arah
perbuatan yang melanggar syariat, tidak beradab, tidak berperi
kemanusiaan, bertindak mengikut sesuka hati, zalim serta pelbagai
keburukan dan bencana kpd diri serta persekitaran. Susah nak tegur
orang yang yang sebegini kerana tidak peka dengan kesilapan atau
kesalahan yang dilakukan. Keras kepala! Nafsu ammarah menduduki tahap
paling rendah dalam kehidupan manusia, malah sebenarnya lebih rendah
daripada binatang. Ini kerana binatang tidak mempunyai akal, sedangkan
manusia mempunyai akal. Minta Allah jauhkan kita dari nafsu amarah….

Nafsu #2

Nafsu Lawwamah: Nafsu tercela kerana kelalaian tuannya melaksanakan
peraturan-peraturan Allah.

Orang sebegini memliki jiwa menyesali perbuatan salah lakunya dan
berinisiatif untuk kembali ke landasan yang benar. Contohnya semalam
bila berdating, anda melakukan perkara yang tak elok di sisi agama
dengan pasangan anda. Hari ini anda sedar anda silap kerana terlalu
mengikut nafsu, lalu anda insaf dan bertekad untuk tidak mengulanginya
lagi. Orang yang banyak dikuasai nafsu lawwamah juga mudah membaiki
diri dan mudah terima teguran org lain. Ia juga tidak mudah hanyut dlm
kesesatan yang membinasakan diri baik dalam kehidupan dunia mahupun
akhirat. Selain dari itu, nafsu lawwamah juga sering memikirkan baik
buruk, halal haram, betul salah, berdosa ataupun tidak dalam segala
tindakan. Jelas nafsu Lawwamah ini lebih baik dari nafsu amarah….

Nafsu #3

Nafsu Mutmainnah: iaitu jiwa yang tenang.

Orang yang memiliki nafsu mutmainnah dapat mengawal nafsu syahwat
dengan baik dan sentiasa cenderung melakukan kebaikan. Juga mereka
mudah bersyukur dan qanaah di mana segala kesenangan hidup tidak
membuat dia lupa diri, menerima anugerah Ilahi seadanya dan kesusahan
yang dialami pula tidak menjadikan dirinya gelisah. Ini disebabkan
hatinya ada ikatan yang kuat kepada Allah. Mereka juga mudah reda
dengan ketetapan dan ujian Allah. Imam Al-Ghazali meletakkan nafsu ini
di tahap yang tertinggi dalam kehidupan manusia. Moga Allah golongkan
kita dalam nafsu yang hebat ini.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

12 Februari 2009 Posted by | Renungkan | 6 Komen

7 Cara Bersikap Positif

Macam mana nak berfikiran positif?

Sebenarnya, ia senang di mulakan bila Anda sudah tahu asasnya.
Pupuk pemikiran positif dengan…

1. Bersangka baik dengan sesiapa saja.
Niatkan dalam hari, Anda mahu baik dengan semua orang yang ada di sekeliling Anda.

2. Tumpukan pada nilai-nilai murni.
Walau siapa jua yang Anda jumpa, yang Anda temui, bercakap dan berinteraksi, fokus pada sikap-sikap baik yang Anda lihat ada pada dirinya.

3. Elak emosi negatif.
Jauhkan diri Anda dari sikap pendengus, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan buruk sangka. Bila emosi-emosi negatif ada (walaupun sedikit), ia akan menghalang Anda dari menjadi orang yang berfikiran positif. Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran anda.

4. Istighfar serajin mungkin, seikhlas mungkin, sebanyak mungkin.
Lafaz istighfar dengan sepenuh hati dapat membuang segala emosi negatif yang bersarang di minda. Bila Anda sedar yang Anda sudah berubah sedikit ke emosi negatif ataupun sudah mula bersangka buruk, cepat-cepat istighfar. Bila mendengar orang lain memaki atau orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab, perkataan buruk yang Anda dengar akan mencetuskan banyak gelombang emosi negatif yang mencemarkan pemikiran positif.

5. Play More, More and More. Have Fun!.
Hiburkan hati, dekatkan diri Anda dengan jenaka, lawak dan yang lucu-lucu. Ketawakan diri sendiri bila buat silap, ia mengelak dari rasa tertekan. Kesannya, Anda dapat maintain fikiran positif. Selain tu, cuba gembirakan diri. Bila rasa gembira, teruja dan seronok, Anda jadi lebih bermotivasi, lebih bersemangat!

6. Jangan ambil kisah cakapan orang.
Biarkan saja mereka. Buat saja, terus latih minda Anda supaya berfikiran positif dengan 5 langkah di atas. Terlalu banyak mendengar komen orang akan menyusahkan diri sendiri, kerana bila situasi negatif terjadi pada Anda (ditarik oleh pemikiran negatif), mereka hanya akan mampu melihat. Mereka hanya akan mampu berasa kasihan. Yang susah siapa? Anda juga sebab ia terjadi pada Anda, bukan mereka.

7. Elak menyalahkan orang, situasi, keadaan, persekitaran, benda.
Tetapi, salahkan diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. Anda kali ni silap, tekad untuk buat yang terbaik, lagi OK di masa akan datang.

Orang yang berfikiran positif tak suka menyalahkan sesiapa, menyalahkan situasi, keadaan, persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu mengambil inisiatif berubaha ke arah yang lebih baik.

Mungkin, hari ini Anda silap. Mungkin Anda GAGAL. Mungkin Anda dah nak “give up”.

Siapa tahu, esok mungkin hari yang cemerlang untuk Anda! ANDA BERJAYA..!!

11 Februari 2009 Posted by | Petua | 35 Komen

Mutiara Kata

“Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah” (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda : “Perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara,iaitu kerana hartanya,keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah kerana agamanya kelak engkau akan bahagia” (Hadis Riwayat Muttafaqun Alaih)

“Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu,berpuasa dibulan ramadhan,menjaga kehormatannya dari yang haram dan mentaati suami,maka masuklah ia kesyurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki” (Hadis Riwayat Ahmad)

“Sekiranya aku ini manusia yang boleh memerintahkan mana-mana manusia untuk sujud kepada manusia lain,maka aku akan menyuruh para isteri sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami yang dianugerahkan Allah atas mereka” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

“Orang mukmin yang sempurna imannya adalah yang paling baik budi pekertinya dan lemah lembut dengan keluarganya,dan sebaik-baik kamu ialah yang baik kepada isterinya” (Hadis Riwayat At-Tizmizi)

Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu” (Hadis Sahih Riwayat Muslim)

“Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah” (Hadis Riwayat Muslim)

“Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi” (Hadis Riwayat Ibnu Asahin)

“Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta nasehat menasehati di atas kebenaran dan kesabaran” (surah Al-Asr Ayat : 1-3)

“Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meniggalkan dunia kerana akhiratnya” (Hadis Riwayat Al-Khatib)

“Gunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara iaitu masa muda sebelum tua,sihat sebelum sakit,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati” (Hadis Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)

“Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat menghapus segala keniknatan hidup,iaitu MATI” (Hadis Sahih Riwayat Tirmidzi,Nasaai,Ibnu Majah & Ibnu Nu’aim)

11 Februari 2009 Posted by | Renungkan | 2 Komen

Cinta

Cinta perlu berhati-hati
Cinta perlu menjaga diri
Cinta rindukan kepastian
Cinta bencikan kesangsian
Cinta perlukan kawan

Cinta itu janji setia
Cinta untuk selama-lama
Cinta suatu pengorbanan
Cinta satu kepasrahan
Cinta perlukan teman

Insan oh insan
Takkan hidup tanpa cinta
Insan oh insan
Segala tercipta kerana cinta

Cinta punya harga diri
Cinta bersemangat murni
Cinta perlukan keikhlasan
Cinta suatu perjuangan
Cinta perlu kasih sayang

11 Februari 2009 Posted by | Cinta | 2 Komen